NEW!

SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI MAJLIS TERTINGGI KPMS DAN JT(JAWATANKUASA TEMPATAN) MESYUARAT MJK/JT (1/12) AKAN DIBUAT PADA KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 16/MAC/2012 (JUMAAT)
MASA : 3 PM HINGGA SELESAI
TEMPAT : SMK DATUK PETER MOJUNTIN PENAMPANG

KEHADIRAN ADALAH WAJIB

***********************************************************************************************

APA RESPON KITA SEBAGAI PEMBANTU MAKMAL SAINS DI SEKOLAH?

Kerajaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik


2012/02/11

IPOH: Masalah kemerosotan minat pelajar yang mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah turut termasuk dalam kajian semula sistem pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kajian yang dilakukan secara menyeluruh itu dijangka siap sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
"Kajian menyeluruh setiap bidang mata pelajaran akan diambil kira. (Akan kaji) di mana kelemahan dan bagaimana untuk diperkukuhkan (sains dan matematik)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam dan Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini, hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kurangnya minat pelajar untuk mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, baru-baru ini dilaporkan berkata, kementerian memandang serius isu kemerosotan minat pelajar dalam bidang sains dan matematik iaitu hanya 37 peratus dalam bidang sains dan 29 peratus saja bagi sains tulen. - BERNAMA

**********************************************************************************************
PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU SEMASA MESYUARAT PERBINCANGAN KERTAS KERJA KPMS DI SMK AGASEH LAHAD DATU SABAH,TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT TERUTAMANYA PIHAK TUANRUMAH DENGAN HARAPAN SEMOGA APA YANG DIUSAHAKAN AKAN TERCAPAI UNTUK KEBAIKAN SEMUA PM
*************************************************************************************************

BORANG INSTRUMEN KEBERKESANAN PROGRAM

MAKLUMAN PENTING! Perhatian kepada semua peserta kursus pembantu makmal yang belum menghantar Borang Instrumen Keberkesanan Program yang telah diadakan pada 24-26 April 2011 di Promanade Service Apartment, anda semua di minta menghantar borang tersebut dengan kadar segera ( Borang Instrumen PK 06 04) ke Unit Latihan dan Kemajuan Staf JPN Sabah atau fax di no. 088-513448.
Sekian Terima Kasih

Shukor Yosof
Tel :088 513424


**************************************************************************************************

MAKLUMAT PENTING UNTUK PAP N1 DAN N4

Baru!

Sila lengkapkan data di link hijau di bawah yang telah disediakan,ini adalah untuk mengemaskini data maklumat PAP N1 dan N4 di pejabat yang dulunya sebagai pembantu makmal rendah..besar kemungkinan akan diserap ke C17 dengan temuduga khas..

Pengumpulan Data PAP N1 dan N4 (MAKMAL) (23 August 2011 - 29 September 2011) [Baru]

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan saya pada kadar yang segera di talian 019 831 3043

sazali nukah
13.09.11

**************************************************************************************************

MEETING JT K.MARUDU/KUDAT

MEETING JT K.MARUDU/KUDAT
Mesyuarat Jawatankuasa Tempatan ( JT ) Zon Utara
( Kota Marudu, Kudat & Pitas )
KPMS Negeri Sabah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh Mesy : 05 September 2011 ( Isnin )
Masa : Jam 09.30 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SMK Kota Marudu

*************************************************************************************************
**************************************************************************************************

MESYUARAT JT SIPITANG KALI KE 2/11

MESYUARAT JT SIPITANG KALI KE 2/11
create on July17/11 - ahli baru en. Mohd. Nurzid Mat Jinin kelihatan dlm gambar
**********************************************************************************************
Baru !
create on 26/5/11
**********************************************************************************************
baru!

Rentetan peristiwa bergambar semasa kursus PM siri 1/2011 kelihatan dalam gambar peserta kursus mendengar taklimat kursus dan taklimat KPMS oleh En Shariff dan En Muilin...tidak lupa juga kepada urusetia kursus dari JPNS (ULKS) En Rahman dan Puan Ann ,terimakasih banyak2...

ANDAI PANJANG UMUR KITA BERJUMPA LAGI

Penyampaian sijil peserta oleh En Suhaimi Hj Harun kepada wakil penghulu En Shariff

Majlis Penangguhan Kursus oleh En Suhaimi Hj Harun, Penolong Pengarah Unit Keutuhan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Barisan Pegawai Penceramah
**************************************************************************************************

New !

SILA AMBIL PERHATIAN,SURAT JEMPUTAN DAN SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PEMBANTU MAKMAL SIRI 1/2011,TELAHPUN DI MASUKKAN DALAM BLOG..SILA KLIK "link warna hijau" DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT. SELAIN DARI ITU, KPMS JUGA MEMOHON JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF JPN SABAH DI ATAS BUDIBAIK KERANA MENYALURKAN MAKLUMAT INI TERUS KEPADA KPMS

TQ.
KPMS Sabah
18/April/2011
*************************************************************************************************
Syukur Alhamdulillah..nampaknya tidak banyak teguran yg dibuat oleh penolong Pengarah JHEKS Caw Sabah semasa KPMS di audit oleh beliau..kita berharap agar di masa-masa akan datang kedudukan sistem pentadbiran KPMS akan bertambah cemerlang lagi..Insyallah


17.april.11

En Abd Rahman bersama Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Cawangan Sabah,Tn Jexican

En Abd Rahman bersama Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Cawangan Sabah,Tn Jexican

AUDIT DARI JHEKS KOTA KINABALU SABAH

AUDIT DARI JHEKS KOTA KINABALU SABAH
***************************************************************************************************
PEMANGKUAN C22 (2011)

New !

Su
mber maklumat terkini,peluang untuk menjawat gred c22 pemangkuan (hakiki) kini masih terbuka..dianggarkan kekosongan yang bakal di isi adalah seramai 24 orang,jadi untuk PM yang menjadi calon simpanan kita berharap agar terus diberikan peluang..

12/04/2011

**************************************************************************************************
Seramai 65 org pembantu makmal baru yg diberikan taklimat oleh En Muilin di kompleks pentadbiran kerajaan di Likas pada 29/03/11

**********************************************************************************************

MAKLUMAN

new !
KURSUS PEMBANTU MAKMAL SIRI 1/2011 AKAN BERMULA PADA 25-27/04/2011, BERTEMPAT DI PROMENADE HOTEL KOTA KINABALU
, PEMBANTU-PEMBANTU MAKMAL YANG TELAH TERPILIH AKAN MENDAPAT SURAT DALAM MASA TERDEKAT INI HARAP MAKLUM..

25.03.11
.............................................................................................................................................................

MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK PERMOHONAN KURSUS PEMBANTU MAKMAL 2011

Nama
No I/C
Tempat Bertugas
Nombor Telefon

Get your own free form like this one.

KURSUS PEMBANTU MAKMAL

Terkini !

Satu kursus pembantu makmal sains c17 akan dibuat pada bulan April, sila ambil perhatian kepada semua pembantu makmal lantikan baru dan yang lama yang tidak pernah menghadiri kursus agar menghubungi En Muilin (019 8031579) selaku ketua pegawai penceramah atau En Abd Mumin Mohd Zain (Biro Latihan dan Pendidikan) KPMS di talian 019 5348953

create on : 2/3/2011

************************************************************************************************

LANTIKAN BARU PEMBANTU MAKMAL

New!
Taklimat lantikan baru pembantu makmal C17,pembantu tadbir N17,PPM dan penyelia Asrama akan di adakan di Pusat Pentadbiran kerajaan Jln UMS K.Kinabalu pada 1/mac/2011.Selaku pegawai yang dilantik oleh JPN, En Muilin Rugin yang merupakan Timbalan Presiden Kesatuan Pembantu Makmal Sains Negeri Sabah(KPMS) juga sebagai Pegawai pemberi taklimat pada ketika itu berharap agar semua Pembantu Makmal C17 akan terus menjadi ahli KPMS,jumlah penjawat awam yang baru dilantik oleh SPP belum lagi diketahui.



**************************************************************************************************

SENARAI PERJAWATAN DI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DAN JABATAN-JABATAN DALAM ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN

(MAKSUD BEKALAN 41 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2011)

BUTIRAN

TAJUK

KOD GAJI SSM

KOD

SKIM

BILANGAN JAWATAN

KENYATAAN

2010

2011

(1616)

Pembantu Tadbir(perkeranian / operasi) Gred N26

N26

3200

48

48

(1617)

Pembantu Makmal/Gred C22

C22

2555

7

7

(1618)

Pembantu Tadbir(perkeranian / operasi) Gred N22

N22

3200

103

103

(1619)

Pembantu Makmal Gred C17/22 (KUP 15 Tahun)

C17/C22

2555

379

379

(1620)

Pembantu Makmal Gred C17/22 (KUP 15 Tahun)

C17/C22

2555

19

19

Khas untuk Penyandang

(1621)

Juruteknik Komputer,FT17/FT22

FT17/FT22

3005

114

114

(1622)

Pembantu Tadbir (perkeranian / operasi) Gred N17/N22 (KUP 15 Tahun)

N17/N22

3200

277

277

(1623)

Pembantu Tadbir (perkeranian / operasi) Khas untuk penyandang Gred N17/N22,Jawatan Hakiki Pegawai Kerani Rendah Gred N11

N17/N22

3200

4

4

Khas untuk Penyandang

(1624)

Pembantu Pengurusan Murid Gred N17/22 (KUP 15 Tahun)

N17/N22

4730

57

57

(1625)

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17/W22

W17/W22

3461

48

48

(1331)

Pembantu Makmal Gred C17/22 (KUP 15 Tahun)

C17/C22

2555

2

2

IPGM KENINGAU

(1390)

Pembantu Makmal Gred C22 )

C22

2555

1

1

IPGM TAWAU

(1396)

Pembantu Makmal Gred C17/22 (KUP 15 Tahun)

C17/C22

2555

7

7

IPGM TAWAU

(1460)

Pembantu Makmal Gred C17/22 (KUP 15 Tahun)

C17/C22

2555

2

2

IPGM GAYA,K.KINABALU

(1521)

Pembantu Makmal Gred C17/22 (KUP 15 Tahun)

C17/C22

2555

2

2

IPGM KAMPUS KENT TUARAN

Sumber: BPSM KPM (PERUNTUKAN PERJAWATAN UNTUK JPN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2011)

CREATED ON : 24/12/2010

SIDANG MEDIA TRI TAHUNAN KSKM DI P.LANGKAWI SEBAGAI PEMERHATI

PERLAKSANAAN PTK TAK SESUAI, TERDEDAH AMALAN PILIH KASIH

Berita Harian
14/12/2010

PTK ialah komponen Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diperkenalkan pada 1 November 2001, antara lain bertujuan menilai prestasi kerja kakitangan awam, termasuk menentukan kewajaran kenaikan pangkat.

SSM diperkenalkan bagi menaik taraf mutu penilaian dan perkhidmatan kakitangan awam, menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang dilaksanakan pada 1 Januari 1992. SSB juga mempunyai kelemahan termasuk banyak rungutan kes pilih kasih ketua jabatan dalam soal kenaikan pangkat dan gaji.
Selepas beberapa ketika, pelaksanaan PTK menerima bantahan CUEPACS yang turut mengancam memboikot sistem itu kerana dianggap tidak sesuai dan terdedah kepada amalan sikap pilih kasih. Bagaimanapun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertegas tidak akan tunduk kepada desakan memansuhkan peperiksaan PTK yang diperkenalkannya pada 2002 itu.

CUEPACS yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam memberi tempoh sehingga 31 Disember 2010 untuk JPA membuat keputusan menerus atau memansuhkan sistem itu, namun JPA menyatakan PTK satu daripada mekanisme penting dalam menentukan kemampuan pegawai awam menjalankan tugas dan tanggungjawab serta menilai prestasi kerja mereka.

Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lalu, mengumumkan PTK tidak lagi akan diguna pakai dalam kenaikan pangkat dan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Januari 2011.

Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  • Diperkenalkan pada 2002 menggantikan SSB.
  • Untuk memperbaiki kelemahan dalam SSB.
    Pelaksanaan
  • Berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam.
  • Menampilkan beberapa penambahbaikan.
  • Memperkenalkan PTK untuk menentukan pergerakan gaji tahunan dan kemajuan kerjaya perkhidmatan awam.
  • Matlamat PTK untuk menggalakkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti serta inovasi dalam pelaksanaan tugas.
  • PTK dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.
  • Syarat kakitangan awam mendapat anjakan gaji melalui mekanisme peperiksaan dan kursus harian.
  • Dianggarkan 70 peratus lulus ujian PTK setiap tahun.
  • Markah minimum untuk lulus PTK ialah 60 peratus
  • PTK dimansuhkan pada 1 Januari 2011 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010)
  • Selepas Januari 2011, lulus PTK bukan lagi syarat untuk kenaikan pangkat.
  • Proses kenaikan pangkat kakitangan awam antara Januari hingga Jun depan akan diteruskan dengan keutamaan masih diberikan kepada mereka yang lulus PTK yang diduduki sebelum ini.

  • Satu sistem baru akan diperkenalkan Jun 2011 bagi menggantikan PTK.
  • Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, menjelaskan sistem penilaian baru mengambil kira ‘keunikan’ setiap jabatan kerajaan.
  • Sistem baru tidak menilai secara sama rata, misalnya kakitangan pengurusan dinilai berbeza dengan bahagian teknikal.
  • Sistem penilaian baru itu lebih mirip kepada kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu.

    Kelemahan PTK

  • Sesetengah pegawai yang lulus PTK dipertikaikan sumbangan mereka terhadap organisasi.

  • Pegawai produktif, tetapi gagal PTK berpeluang mendapatkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tetapi terikat dengan dasar memberi peluang kepada pegawai yang belum mendapat kenaikan.

  • Soalan peperiksaan yang dianggap tidak relevan dengan tugas harian kerana tiada pengkhususan skop kerja.

  • Peperiksaan dua kali setahun dianggap membebankan berbanding sekali setahun sebelum ini.

  • Keputusan dikeluarkan dalam jangka masa lama.

  • Ketua jabatan juga terikat dengan arahan supaya memberi peluang kepada pegawai yang belum pernah mendapat pergerakan gaji sama ada secara menegak atau melintang.

  • Pegawai bawahan mendakwa majikan atau ketua jabatan tidak adil, tidak tahu menilai dan pilih kasih.

  • Penjawat awam kumpulan Gred 17 merungut kenaikan pangkat mengambil masa hingga 15 tahun.

  • Pegawai lulus PTK dengan Aras 4 iaitu Melepasi Tahap Kecekapan pada Aras Cemerlang tetapi tidak mendapat peluang kenaikan pangkat disebabkan belum mencapai tempoh 15 tahun berkhidmat.

  • PTK perlu ditambah baik dari sudut kesahihan dalam kertas jawapan di mana tiada rujukan dalam peratusan yang lulus.

  • Calon peperiksaan mendesak kertas jawapan ditunjukkan semula supaya mereka dapat mengetahui kelemahan dan meningkatkan kepercayaan kepada penilaian ini.

  • Kaedah anjakan masih mengikut anjakan gaji tahunan individu, bermula Januari setiap tahun walaupun menduduki peperiksaan dua kali setahun.

  • PTK ‘mengukur’ kecekapan pegawai secara sama rata tanpa banyak mengambil kira jurusan hakiki masing-masing.

  • Ramai kakitangan berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat.
  • TAHNIAH BUAT JT DI ATAS KOMITMEN YANG DIBERI

    TAHNIAH BUAT JT DI ATAS KOMITMEN YANG DIBERI
    MEETING JT ZON K.MARUDU DAN KUDAT 22.11.2010
    MEETING MJK KPMS 5/11/2010

    PETIKAN DARI KSKM

    MEMO SUA KPD BLOG KSKM MALAYSIA

    Pada 14.10.2010 jam 2.00 petang KPM telah mengadakan mesyuarat dengan Kesatuan Bukan Guru di Putrajaya. KSKM telah diwakili oleh Sdra Hamran Haji Ahmad (Presiden), Sdra Mohd Fami Khamis (T. Presiden) dan Sdra Zainal Abu Hassan (Penolong Setiausaha Agung) manakala Sdra Ashaari Maarof (Setiausaha Agung) bermesyuarat dengan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Sains dan Teknologi (JPA) di Intan Bukit Kiara pada tarikh dan waktu yang sama. Antara isu-isu yang dibincang peringkat Kementerian Pelajaran ialah :-




    ISU/PERKARA


    MAKLUMBALAS KPM


    1. Impak Norma Perjawatan Pembantu Makmal yang telah diluluskan oleh JPA mengakibatkan ketidakseimbangan pola perjawatan Pembantu Makmal. Akibatnya Pembantu Makmal yang sediaada terpaksa mengurus 2-3 makmal dengan bilangan kelas dan pelajar yang melebihi 1200 orang. Ini berikutan ada pentadbir di sekolah telah menarik keluar PAP di makmal sains.


    KSKM memohon supaya :


    (i) KPM mengeluarkan arahan bertulis kepada semua JPN dan PPD mengenai perubahan ini dan menangguhkan sementara pengeluaran PAP ini sehingga diisi oleh PM dilaksanakan.


    (ii) Waran Perjawatan bagi penambahan PM dapat diselesaikan.


    (iii) Bilangan PM yang ditempatkan di Makmal hendaklah mengambilkira dengan bilangan pelajar dan sesi pembelajaran (pagi/petang)


    Surat kepada semua JPN telah dikemukakan pada 28 September 2010 memaklumkan penangguhan pengambilan PAPN1 di makmal memandangkan terdapat kemungkinan besar untuk pelaksanaan dasar penambahbaikan norma perjawatan Pembantu Makmal pada 2011





    BPSM telah mengemukakan permohonan sebanyak 3,842 jawtan Pembantu Makmal C17/C22 melalui ABM (P) Tahun 2011 dengan peruntukan dari Perbendaharaan sebanyak RM33.93 juta. Walau bagaimanapun, pewujudan jawatan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.


    Cawangan (JN), BPSM



    2. Mohon makluman bilangan perincian PM di sekolah Menengah dan Kolej Matrikulasi KPM


    (i) Pihak kesatuan memohon kepada KPM untuk mendapatkan maklumat terperinci perjawatan pembantu makmal seluruh Malaysia mengikut Gred C17/C22/C26 dan negeri-negeri termasuk perjawatan (ABM) yang diluluskan oleh JPA.


    Lihat Lampiran A


    Seramai 314 orang PM C17 telah dinaikkan pangkat ke Gred C22 secara Time-based (KUP) pada tahun 2009 dan 6 orang bagi tahun 2010. Jumlah keseluruhan sehingga 30 September 2010 ialh seramai 320 orang.



    3. Memohon untuk tidak ditukarkan PAP N1 di makmal sains yang menghampiri umur persaraan (3 tahun) semasa urusan pemansuhan jawatan PAP di makmal sains.


    Pihak kesatuan memohon supaya;


    (i) PAP N1 tidak ditukarkan sesuka hati oleh pentadbiran hingga menjejaskan prestasi kerja mereka. Bagi yang menghampiri umur persaraan berilah mereka peluang (option’ untuk bekerja di makmal sains; dan


    (ii) Bagi PAP (dulunya atendan makmal) dan mempunyai kelayakan masuk SPM di beri peluang untuk ‘Option Tukar Lantik’ atau sekurang-kurangnya dipanggil temuduga bagi jawatan Pembantu Makmal Gred C17. Perkara ini telah di bawa ke MBK Sains dan Teknologi JPA.





    (i) Urusan pemansuhan jawatan PAP N1 di makmal dilakukan secara berperingkat agar tidak mengganggu kelancaran pengurusan makmal. Sehubungan dengan itu Ketua Jabatan masing-masing boleh mengambil kira factor umur persaraan dalam urusan pemansuhan PAP N1 makmal ini.


    (ii) Perkara ini boleh dipertimbangkan untuk dibincangkan dengan pihak SPP. Walau bagaimanapun KSKM diminta untuk menyediakan kertas cadangan yang lengkap.


    Cawangan (P), BPSM



    4. Memohon kelulusan penggunaan Buku Pengurusan makmal sains yang diterbitkan oleh pihak kesatuan serta justifikasi penggunaannya.


    Antara buku-buku yang dibangunkan oleh pihak kesatuan ialah :-


    (a) Buku Penerimaan Awal Makmal Sains – Merekod segala pembelian peralatan dan radas sains dalam satu kawalan.


    (b) Buku Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja – Merekod segala kerja yang dilakukan oleh Pembantu Makmal dalam menjalankan tugasan seharian mereka di makmal sains khususnya dan sekolah/kolej amnya.


    (c) Buku Persediaan Makmal – Merekod segala penyediaan ujikaji-ujikaji sains oleh guru-guru sebelum pengajaran dan pembelajaran sains di makmal-makmal.


    (d) Buku Rekod Kerosakan Radas dan Peralatan – merekod segala peralatan yang rosak bagi tujuan pelupusan atau hapuskira (jika terlibat).







    BPSM tiada halangan untuk pihak kesatuan menerbitkan buku-buku berkenaan dengan syarat tertakluk kepada peraturan kewangan semasa yang berkuat kuasa.



    BPSM berpandangan bahawa dari aspek penyediaan Manual Prosedur kerja dan Fail Meja Pembantu Makmal hendaklah mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 tahun 1991 yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU



    Cawangan (P), BPSM



    5. Status Pembantu Makmal C11 (KUP) dan Lantikan sementara Pembantu Makmal Jabatan pelajaran Sabah.


    Pihak kesatuan berpandangan :-


    5.1 Bagi pegawai yang berstatus Pembantu Makmal Rendah (KUP) C11 ini perlu diberi pertimbangan/pengecualian khas untuk memasuki ke perkhidmatan Pembantu Makmal Gred C17 kerana bilangan mereka ini tidak ramai. Selain itu perlulah mengambil kira perkhidmatan mereka ini yang setia dan lama dalam perkhidmatan kerajaan.


    5.2 Status Pembantu Makmal Rendah sementara perlulah dihapuskan dengan memberi ruang kepada mereka untuk menjawat jawatan tetap kerana mereka ini telah berada terlalu lama dalam perkhidmatan sementara. Mohon kepada pihak Kementerian Pelajaran dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran mengambil pertimbangan khas bagi kes ini.






    Urusan pertukaran status daripada sementara kepada tetap adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Melantik iaitu SPP. Sehubungan dengan itu pihak KSKM bolehlah mengemukakan kertas permohonan terperinci ke Kementerian ini agar dapat dibincangkan dengan pihak SPP selanjutnya


    BARISAN PEGAWAI KANAN DAN JWATANKUASA TEMPATAN(JT) SEMASA MESYUARAT JT DI SANDAKAN , TERIMAKASIH DAN TAHNIAH DI ATAS KERJASAMA ANDA....HARAPAN DARI MJK TERTINGGI AGAR SEMUA JT AKAN TERUS BERSAMA-SAMA MERIALISASIKAN MATLAMAT VISI DAN MISI KPMS KHUSUSNYA KEPADA RAKAN-RAKAN PM YANG MASIH MENCARI STATUS SEBAGAI PM...BEGITU JUGA PERANAN KITA SEBAGAI AHLI KEPADA KESATUAN INI AGAR BERSMA-SAMA MENCARI DAN MENAMBAHKAN LAGI BILANGAN KEAHLIAN (PM) .

    KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGARAH JPNS

    KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGARAH JPNS

    MESYUARAT JT BERSAMA PEGAWAI KANAN KPMS

    PERHATIAN KEPADA JAWATANKUASA TEMPATAN(JT) YANG DI LANTIK, SATU MESYUARAT AKAN DI BUAT UNTUK MEMBINCANGKAN AGENDA-AGENDA MJK DAN JT.DIHARAP SEMUA PEGAWAI KANAN DAN JT AKAN DAPAT MELUANGKAN MASA UNTUK BERSAMA-SAMA MENGHADIRI MESYUARAT TERSEBUT.KERJASAMA ANDA AMATLAH DI HARAPKAN.

    TARIKH: 2.10.2010
    MASA: 3.00 PM
    LOKASI: SMK SANDAKAN

    SURAT PANGGILAN MESYUARAT AKAN DI E-MAIL ISNIN INI (27.09.2010)

    "KUALITI PRODUKTIF MAJU SEIRING"

    SHARIFF MOHD HABIB AHMAD
    S/U KPMS SABAH

    *****************************************************************************************************************************************

    PEMBENTUKAN JT DAERAH KOTA KINABALU

    PEMBENTUKAN JT DAERAH  KOTA KINABALU

    PEMBENTUKAN JT DAERAH RANAU

    PEMBENTUKAN JT DAERAH RANAU

    PEMBENTUKAN JT DAERAH KOTA MARUDU DAN KUDAT

    PEMBENTUKAN JT DAERAH KOTA MARUDU DAN KUDAT

    PEMBENTUKAN JT DAERAH PAPAR

    PEMBENTUKAN JT DAERAH PAPAR

    SEDUTAN DARI KSKM BERTARIKH 3/MAY/2010

    Assalamualaikum Saudara dan Saudari

    AHLI KSKM DAN PEMBANTU MAKMAL SATU MALAYSIA YANG BERTUGAS DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

    PERKARA 1.
    Pagi ini saya telah mendapat fax dari Urusetia/Jawatankua sa Pertandingan Anugerah Kesatuan Contoh sempena Hari Pekerja Tahun 2010. Jemaah Hakim dengan persetujuan Y.B Menteri Sumber Manusia telah bersetuju memilih KSKM sebagai pemenang Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh (Sektor Awam). YAB Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat akan menyampaikannya pada 8.5.2010 (Sabtu ini) di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor. jam 9-12 tengahri (majlis berlangsung) Insyaalah akan ada di TV (kut..kut la) ...mana2 rakan-rakan yg jauh boleh la tengok TV...mana2 yg dekat tu boleh lah datang. Support KSKM.

    PERKARA 2

    Juga pagi ni jugak saya telah ke KPM.utk dapatkan maklumat mengenai info perjawatan PM yang menjadi isu hangat ketika ini. Jelas yg berlaku ketika ini ramai rakan-rakan yg bkerja teruk kerana PM tidak mencukupi..ada yg memang penat menjaga 2-3 makmal dengan bebnan eksperimen yg banyak dan sekolah yg mempunyai student yg ramai. dgn Skdar contoh di SMK. Kulaijaya (kalu tak silap) hampir 4000 pelajar..PM ada 3 org (kalu salah maklumkan kat saya) di Ipoh. P.Pinang (sekiranya ada info mohon maklun kepada saya) dan beberapa lagi yg tak sempat dbagi tau.
    Respon: Pihak KPM mmg tgh kerja kuat dan insyaalah akan menyelesaikan masalah ini. Harap bersabar. Seperti sedia maklum kelembapan ekonomi ......maka waran perjwtan belum dpt diluluskan. Yang penting kita mesti bekerja dgn penuh tanggungjawab dan sentiasa berinovasi dlm pekerjaaan. Bagi perjwtan yg ber KUP (C17 ke C22)... perkara ini sentiasa berterusan. .tak lama lagi ada 'exersice' akan berlaku mana2 rakan yg telah berkhidmat dalam perjawatan PM (semasa/sama) 15 tahun sila ambil perhatian (kena alert)...... ....(cuma kena ingat perkhidmatan tersebut mestilah jangan putus atau ada CTG). Manakala bagi gred C22 KE C26 akan ada 'exersice' tak lama lagi....TUNGGU SRT SIARAN. Kita (KSKM) akan cuba bantu semampu mungkin.

    PERKARA 3
    Ekoran dari perubahan norma perjawatan. Satu kertas kerja mengenai PAP yang bertugas di makmal telah kita hantar ke JPA melalui KPM. Ini juga telah mendapat respon positif..kita tunggu panggilan mesyuarat seterusnya.. Doa2 kan lah kpd rakan2 PAP yg dah lama di makmal supaya dapat naik pangkat
    E2 saja setakat ini. Maaf saya guna bahasa yg mudah faham.

    Ashaari Maarof
    Setiausaha Agung KSKM

    TN HAJI OMAR OSMAN

    TN HAJI OMAR OSMAN

    SANDAKAN
    , 19 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Sabah diminta mengkaji semula jawatan pembantu makmal sains yang dilihat tidak dinaik taraf untuk memenuhi keperluan dan status sekolah di negeri ini.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata langkah itu penting berikutan jawatan pembantu makmal sains yang sedia ada dilihat tidak setaraf dengan sekolah-sekolah di negeri ini yang kebanyakannya telah dinaikkan taraf kepada sekolah cemerlang atau sekolah bestari.


    Katanya daripada 500 pembantu makmal sains di seluruh negeri ini, hanya tiga orang sahaja memegang gred C22 dan selebihnya masih gred C17."Ini dilihat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung dengan lebih 30 orang menyandang gred C26," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan Kesatuan Pembantu Makmal Sains (KPMS) Negeri Sabah di sini Jumaat.Omar berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.Beliau berkata masalah lain yang dihadapi oleh pembantu makmal sains di negeri ini adalah mereka yang masih dalam status sementara atau kontrak biarpun telah berkhidmat lebih 20 tahun.Katanya adalah wajar jika golongan itu diserap kepada jawatan tetap berdasarkan prestasi mereka yang cemerlang selama ini.-- BERNAMA
    21/03/2010
    *********************

    AGM KPMS DI SANDAKAN MAC 2010